Jenis Akaun Dagangan InstaForex

Sebelum mula berdagang forex dengan InstaForex, anda perlu membuka akaun dagangan sebenar dahulu. Untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza, InstaForex telah menawarkan empat (4) jenis akaun dagangan iaitu akaun Insta.Standard, akaun Insta.Eurica, akaun Cent.Standard dan akaun Cent.Eurica. 

Setiap jenis akaun dagangan ini mempunyai syarat yang berbeza. Saya akan terangkan secara terperinci di bawah.

Insta.Standard 

Akaun ini adalah akaun biasa yang relevan dengan terma standard industri Forex dan berfungsi tanpa yuran. Apabila seseorang pedagang itu mendapat akses kepada semua instrumen dagangan, dia perlu membayar nilai spread yang telah ditetapkan.

Akaun Insta.Standard mengenakan spread tetap dan pelanggan dibenarkan menukar leverage mengikut keperluan mereka. Akaun ini memudahkan trader kerana berfungsi sama seperti akaun micro, mini dan standard, atau dengan kata lain semua akaun dalam satu akaun.

Mata Wang DepositEUR, USD
Deposit Minimum1 USD
Deposit MaksimumTiada had
Spread2-7 pip
BayaranTidak ada
Perdagangan Minimum0.01 Lot
Perdagangan Maksimum10000 Lot
Leverage1:1 – 1:1000
Margin Untuk Dikunci25%
Margin Call30%
Stop Out10%
Pelaksanaan PesananPelaksanaan Segera

Insta.Eurica 

Dengan akaun ini, anda tidak akan dikenakan spread semasa berdagang. Anda hanya akan dikenakan caj komisen sahaja, tetapi masih dalam amaun yang sama seperti spread. Untuk kebanyakan currency instrumen, spread adalah kosong. Oleh itu nilai Bid dan Ask selalu kelihatan sama di MetaTrader.Akaun Insta.Eurica ini sesuai untuk pedagang baru kerana ia tidak perlu mengambil kira spreads sekiranya ‘pending order’ diguna pakai. Kelebihan akaun Insta.Eurica ini adalah, analisis pasaran lebih mudah untuk dilakukan kerana posisi seperti limit order, take profit dan stop loss dapat diletakkan pada harga yang tepat tanpa perlu mengambil kira faktor spread seperti kebiasaannya.

Mata Wang DepositEUR, USD
Deposit Minimum1 USD
Deposit MaksimumTiada had
Spread0 pip
Bayaran0.03%-0.07%
Perdagangan Minimum0.01 Lot
Perdagangan Maksimum10000 Lot
Leverage1:1 – 1:1000
Margin Untuk Dikunci25%
Margin Call30%
Stop Out10%
Pelaksanaan PesananPelaksanaan Segera

Cent.Standard

Akaun perdagangan Cent.Standard direka khas untuk pedagang baru yang mahu berdagang dengan modal yang rendah. Akaun ini juga adalah lanjutan atau tambahan kepada dua jenis akaun di atas. Perbezaannya adalah ia dalam nilai sen. 1 lot = 1 sen, 0.1 lot = 0.1 sen. Volume dagangan untuk akaun ini adalah rendah iaitu micro lot 0.0001 lot (nilai 1 lot=0.1 USD sen). Ini membolehkan anda berlatih berdagang di akaun sebenar dengan risiko yang rendah. Akaun ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menguji strategi dagangan dengan risiko yang rendah. Walaupun akaun ini membenarkan volume dagangan yang rendah, tetapi terma dagangan masih sama dengan akaun Cent.Standard.

Mata Wang DepositSen EUR, Sen USD
Deposit Minimum1 USD
Deposit Maksimum1000 USD
Spread3-7 pip
Bayaran0
Perdagangan Minimum0.10 lot (bersamaan dengan 0.0001 lot pasaran)
Perdagangan Maksimum10000 Lot
Leverage1:1 – 1:1000
Margin Untuk Dikunci25%
Margin Call30%
Stop Out10%
Pelaksanaan PesananPelaksanaan Segera

Cent.Eurica

Akaun Cent.Eurica juga hampir sama dengan akaun Cent.Standard. Ia merupakan lanjutan daripada akaun Insta.Eurica.

Mata Wang DepositSen EUR, Sen USD
Deposit Minimum1 USD
Deposit Maksimum1000 USD
Spread0 pip
Bayaran0.03%-0.07%
Perdagangan Minimum0.10 lot (bersamaan dengan 0.0001 lot pasaran)
Perdagangan Maksimum10000 Lot
Leverage1:1 – 1:1000
Margin Untuk Dikunci25%
Margin Call30%
Stop Out10%
Pelaksanaan PesananPelaksanaan Segera
Be Sociable, Share!