Saya Pernah Jadi Newbie Forex…Kesilapan Untuk Dielakkan Dalam Forex

newbieSaya pun pernah jadi NEWBIE seperti anda.

Saya tau bagaimana perasaan tak tahu. Perasaan gementar dan takut duit lebur dalam pasaran forex.

Dan saya faham sangat perasaan ingin tau yang kuat. Sebab saya “desperate”..Dan sebab kos sara hidup semakin meningkat dan juga sebab saya tak suka kerja di bawah bos yang “jahat”..

Ini membuatkan saya nak cuba belajar forex supaya saya boleh berhenti kerja dan trade forex sepenuh masa.

Saya dah buat forex selama 5 tahun dan banyak yang saya dah lalui. Ada yang indah dan ada yang pahit. Saya membuat banyak kesilapan dalam perjalanan forex ini. Sekarang ini je ok sikit. Masa baru belajar dulu..perrgh…Rasa nak nangis pun ada.

Jangan Buat Kesilapan Ini Jika Nak Berjaya Dalam Forex

1. Cari info kat forum sepanjang hari.

Ini kesilapan yang saya sendiri pernah lakukan apabila baru nak belajar forex. Cuba bayangkan, anda search kat Google untuk info tentang Forex di Malaysia, seterusnya, anda klik satu link yang membawa anda ke satu forum.

Forum tentang Forex rupanya..

Jangan biarkan forum mengambil masa anda untuk belajar. Info dekat forum percuma tidak semestinya betul.

Info di forum akan menyesatkan anda!

Saya mencadangkan supaya belajar forex dari guru-guru forex yang berpengalaman seperti Khalid Hamid, pengasas Teknik Forex Sebenar.

Jika anda berminat, anda boleh baca review tentang Teknik Forex Sebenar dan tentukan samada ianya sesuai untuk anda.

Anda mungkin perlu bayar untuk dapat ILMU tapi ini lebih baik daripada terpesong oleh ajaran forex sesat kat luar sana.

2. Belajar guna indicator, bukan Asas Forex.

Di sini ramai yang silap..Ramai yang belajar guna indicator tanpa memahami teori di sebalik penggunaan indicator tersebut.

Jika indicator bagi isyarat warna merah, buy, jika warna biru, sell.

Jika anda rugi, siapa yang harus dipersalahkan?

Tentu lah diri anda sendiri sebab tak ikut nasihat saya 🙂

Anda perlu tahu asas forex – candlestick, support and resistance, trade time frame berbeza, masa sesuai untuk trade dan sebagainya jika anda nak “hidup” dalam ranjau berduri forex.

Forex trader yang guna indicator atau expert advisor tak akan tahan lama dalam forex.

Jika anda nak berjaya dalam forex, anda mesti belajar asas. Takde cara lain!

3. Terlalu fokus nak cari forex broker terbaik.

Fokus utama anda sebenarnya adalah untuk belajar dan memahirkan diri membaca trend pasaran, membuat entry yang tepat, mengamalkan money management yang betul…bukannya mencari forex broker yang terbaik.

Instaforex adalah forex broker yang baik. Kenapa nak cari yang lain lagi?

Jangan buang masa mencari broker yang “sempurna”. Benda itu memang tak wujud. Lagi baik fokus benda yang lebih bermanfaat seperti buat banyak duit dari forex.

4. Mengabaikan Money Management.

Money management sangat penting. Ianya lebih penting daripada teknik dan sistem forex yang anda guna. Anda boleh kalah enam trade daripada 10 trade yang anda buat dan masih untung besar…jika money management yang betul digunakan.

95% forex trader gagal buat duit dari forex sebab mengabaikan prinsip penting ini.

Contohnya, mereka terlalu yakin dengan teknik forex yang digunakan sehingga lupa nak letak stop loss semasa trade.

Dan ada pula forex guru “palsu” baru-baru ini yang membuat seminar forex mengajar orang bagaimana trade tanpa stop loss!

Stop loss adalah insurans lah kawan!

Stop loss akan melindungi modal anda daripada keadaan yang tidak dijangka sewaktu trade dalam pasaran.

Jika anda betul-betul nak berjaya dalam forex, money management adalah satu prinsip yang anda tak boleh elak. Anda perlu belajar dan amalkannya.

5. Tamak.

Perlu kah saya terangkan lanjut?

Sifat tamak dan tak puas hati dengan duit profit yang diperolehi lah salah satu sebab mengapa ramai trader akhirnya gagal buat duit dalam forex.

Apabila sifat tamak dah menguasai, duit modal yang tinggal dipertaruhkan sampai habis!

Nama teknikal untuk situasi ini adalah Margin Call (MC).

Ramai trader yang saya kenal selalu MC..Apabila ditanya apa sebab, mereka akan jawab salah sendiri sebab tamak.

Saya ada ternampak video dekat Youtube berkaitan seorang trader Instaforex dari Malaysia yang membuat USD 1 Juta dalam 2 bulan dengan hanya berbekalkan modal USD 1000.

1 Juta USD…wow!

Malangnya, semua duit profit beliau LEBUR begitu sahaja dalam hanya beberapa hari..huhu..sedihnya!

Anda boleh tengok sedutan interview kat bawah:

6. Sentiasa tukar-tukar sistem forex.

Kesilapan yang sering dibuat oleh trader adalah mencari sistem forex yang sempurna. Malangnya, takde sistem yang sempurna. Kadang-kadang, market memang tak akan selari dengan analisis yang kita buat biar pun kita dah buat analisis sebaik mungkin.

Biasanya apabila market tak ikut “kehendak” kita, kita akan terus ubah teknik atau sistem forex yang digunakan.

Ada pula trader yang bertukar sistem setiap bulan!

Trader yang bertahan lama dalam forex dan buat duit yang banyak adalah trader yang menguasai Teknik Forex yang betul dan mengamalkan money management yang betul sewaktu trade.

Kesimpulan

Jangan lakukan kesilapan forex yang dinyatakan kat atas. Dapatkan bimbingan jika anda masih baru dalam Forex. Jika anda selalu lose trade, kenalpasti kat mana anda silap. Diharapkan anda mengecapi kejayaan sebagai Forex trader 🙂

Selamat Trade!

P.S. Saya nak ingatkan sekali lagi, jika anda berminat, saya nak mempelawa anda untuk trade Forex dengan Instaforex, broker No #1 di Malaysia! Sila klik di sini untuk info lanjut.

P.P.S. Jika anda newbie dan perlu bimbingan bagaimana nak buat 5-angka sebulan dengan Forex, anda boleh belajar forex dari otai forex ini: Klik di sini untuk info tentang bimbingan dari otai forex.

Be Sociable, Share!

1 thought on “Saya Pernah Jadi Newbie Forex…Kesilapan Untuk Dielakkan Dalam Forex”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *