Platform Dagangan

InstaForex menawarkan lima jenis platform dagangan untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza-beza iaitu, MetaTrader4 (MT4), MetaTrader5 (MT5), Multiterminal, WebTrading dan InstaTick Trader. Anda boleh guna mana-mana platform perdagangan yang anda suka dan selesa.

MetaTrader 4 (MT4)

MetaTrader4 (MT4) merupakan platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex. Ia mempunyai interface yang mesra pengguna sehingga pedagang bari dapat mengendalikannya dengan mudah. Berbanding dengan perisian perdagangan lain, Metatrader membolehkan pengguna untuk menambah dan membuat script khusus (Custom Indicator, Robot atau Expert Advisor) untuk keperluan perdagangan mereka. 

Ciri-ciri MetaTrader 4

  • 9 time frame
  • Pelbagai alat untuk analisis teknikal
  • Berita pasaran kewangan atas talian
  • Perdagangan automatik
  • Kedudukan terkunci
  • Banyak pilihan indikator dan penasihat percuma
  • Membuat indikator dan penasihat anda sendiri (MQL4)
  • Pengekodan 128 bit keselamatan tinggi
  • Perdagangan satu klik
  • Trailing stop

Platform perdagangan MT4 boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan Android. Selain itu, platform dagangan MT4 juga boleh diakses dalam versi Window/Desktop atau web. Sila muat turun di sini untuk versi windows/Desktop.

MetaTrader 5 (MT5)

Platform dagangan MetaTrader 5 merupakan platform kesinambungan daripada platform dagangan MT4 yang ditambah dengan beberapa ciri dan kelebihan baru. Ia juga merupakan platform dagangan yang popular dikalangan pedagang forex.  MT5 di reka supaya pedagang mendapat akses yang lebih baik dalam CFD, saham dan futures.

  • 21 timeframe (MT4 hanya mempunyai 9 timeframe sahaja)
  • Kedalaman pasaran (harga Tahap II) dan spesifikasi kontrak
  • MQL5 – bahasa pengaturcaraan generasi baru untuk merancang penasihat pakar dan indikator
  • Arkib sebut harga automatik
  • Set alat teknikal yang maju
  • Fill policy – bahagian baru di tetingkap Pesanan
  • Tarikh luput untuk pesanan yang belum selesai
  • Penasihat perdagangan, indikator dan skrip yang tersedia dari kedai atas talian

Platform perdagangan MT5 ini boleh juga dimuat turun untuk semua peranti iOS dan Android. Selain itu, platform dagangan MT5 juga boleh diakses dalam versi Window/Desktop atau web. Sila muat turun di sini untuk versi windows/Desktop.

Multiterminal

Multiterminal sesuai untuk pengurus akaun. Ia dapat memudahkan kerja yang melibatkan banyak akaun. Semua arahan dilaksanakan secara serentak. Platform dagangan ini boleh dipasang pada PC dan beroperasi di bawah Sistem operasi MS Windows. Klik di sini untuk muat turun Multiterminal di window anda.

WebTrader

Platform perdagangan WebTrader direka khas oleh InstaForex dan hanya tersedia untuk pelanggan mereka sahaja. WebTrader membolehkan pelanggan mereka untuk berdagang secara langsung dalam penyemak imbas web. Oleh itu, anda tidak perlu memuat turun dan memasang perisian apa pun di telefon pintar atau komputer anda.

Anda boleh berdagang di mana sahaja dan bila-bila masa anda mahu. Anda hanya memerlukan telefon atau laptop yang mempunyai sambungan Internet.

  • Tiga interface layout (classic, dashboard, carta)
  • Carta yang mudah dan tidak rapi dengan alat analisis
  • Carta tick dan aliran pesanan
  • Semua instrumen perdagangan tersedia
  • Berita dan analisis terkini
  • Sesuai untuk semua jenis akaun
  • Sama dengan platform perdagangan syarikat yang lain

InstaTick Trader

InstaTick Trader adalah platform perdagangan yang dibina khas oleh InstaForex untuk membuat perdagangan tick. Kelebihan utamanya adalah sebut harga 6 digit. Ciri ini membolehkan pedagang meningkatkan keuntungan kerana turun naik kecil juga sangat penting dalam penilaian keuntungan. engan InstaTick Trader, pedagang dapat membuat transaksi dan memantau perkembangan pasar dalam penyemak imbas web tanpa perlu memuat turun.

  • Platform disesuaikan untuk membuat perdagangan tick
  • Sebut harga 6 digit
  • InstaTick Trader boleh diakses dari penyemak imbas web tanpa masuk ke kawasan pelanggan dan memuat turun MT4
  • Antara interface yang ringkas dan mesra pengguna
  • Untuk semua jenis akaun

Untuk menggunakan semua platform perdagangan ini, anda perlu buka akaun dagangan dahulu dengan InstaForex. Jika anda sudah mempunyai akaun dagangan, anda boleh terus guna platform dagangan sesuai dengan cita rasa perdagangan anda. Jika belum, sila buka akaun dagangan InstaForex di sini terlebih dahulu.

Be Sociable, Share!