Kaedah Withdrawal

Proses withdrawal atau pengeluaran dana merupakan perkara yang penting terutama kepada pedagang forex. Oleh itu, broker forex yang bagus mestilah menyediakan kaedah withdrawal yang mudah kepada pelanggan mereka.

Withdrawal

Sebenarnya, ada banyak cara untuk mengeluarkan dana dari akaun trading InstaForex anda. Cara yang paling senang dan yang paling popular di kalangan trader dari Malaysia adalah dengan menggunakan local bank transfer.

Kaedah Withdrawal Local Bank Transfer

Sebelum membuat permintaan pengeluaran dana, pastikan anda telah pun membuat pengesahan akaun dagangan anda. Jika belum, sahkan akaun anda. Sila rujuk di sini untuk cara mengesahkan akaun dagangan anda.

Login ke Client Area InstaForex.

Kemudian sila klik butang Financial Operation dan pilih Money Withdrawall di halaman utama seperti dalam gambar di bawah.

Kemudian, sila pilih kaedah pengeluaran  Online Banking In Malaysia.

Selepas itu, sila isi borang pengeluaran dana dengan lengkap sebelum menghantar permohonan anda.

Syarat-Syarat Withdrawal InstaForex

  1. Semua permintaan pengeluaran akan diproses dalam waktu bekerja Jabatan Kewangan dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi – 7 p.m. (UTC + 3).
  2. Anda akan dikenakan bayaran pengeluaran dana sebanyak 2% dan 0.3 EUR (minimum 1 EUR).
  3. Ia mengambil masa dalam 1 hingga 7 jam untuk wang anda dikreditkan ke dalam akaun bank anda. 
Be Sociable, Share!